Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon

Carta Akaun

Definisi Carta Akaun


  • Carta yang menyenaraikan nombor dan tajuk semua akaun secara sistematik untuk kegunaan sistem perakaunan berkomputer.
  • Carta akaun juga dapat digunakan untuk perekodan dalam lejar am.

Dalam carta akaun, akaun-akaun yang terlibat bagi semua urusniaga akan dikelaskan dan disusun mengikut klasifikasinya seperti aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja dan ditandai dengan nombor kod tertentu. Penggunaan sistem pengekodan digunakan bagi memudahkan jenis akaun dikenal pasti.

Selain sistem nombor kod, sistem abjad atau sistem nombor kod dan abjad boleh digunakan untuk membina carta akaun. Pemilihan sistem ini bergantung kepada keperluan dan keutamaan perniagaan serta had dan spesifikasi sistem perisian perakaunan digunakan.

Contoh sistem pengekodan mengikut 
jenis akaun

Penerangan Contoh : 
Kod 1000 digunakan untuk mewakili akaun-akaun jenis Aset di dalam sistem perakaunan. Jika akaun aset baru hendak ditambah di dalam sistem, kod akaun tersebut mesti diletakkan sebagai 1xxx (bermula
dengan nombor 1). Kod 1000 tidak digunakan untuk akaun aset sebenar, hanya untuk mewakili kategori aset.







Fungsi Carta Akaun
  • Carta akaun adalah satu senarai akaun yang digunakan bagi memudahkan pengeposan urusniaga ke lejar secara konsisten.
  • Carta akaun berfungsi sebagai tapak (base) untuk menukar nama, menambah akaun dan memberi maklumat tambahan kepada akaun yang ditambah.
  • Bagi sistem perakaunan berkomputer, carta akaun adalah perlu supaya perisian dapat mengenalpasti akaun.

No comments:

Post a Comment