Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon

Salam Perkenalan dari Blog "We Love Akaun"

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog ini :)


Blog ini dihasilkan sempena tugasan amali bagi kursus MMP 3013 (Pembangunan Perisian Pendidikan)
Ø  Nama blog ‘We Love Akaun (WLA)’ diilhamkan oleh krew WLA yang terdiri daripada dua orang pelajar tahun tiga dan seorang pelajar tahun 4 daripada Fakulti Pengurusan dan Ekonomi di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Ø  Blog WLA ini merupakan gabungan idea bersama  yang bertepatan dengan tugasan kursus iaitu penyediaan bahan pengajaran dalam matapelajaran tertentu yang telah dibahagikan dalam kelas. Maka, kami mengambil keputusan untuk memfokuskan kepada aspek asas Perakaunan iaitu Bab 2 Prinsip Perkauanan Tingkatan 4 : Klasifikasi Akaun yang terdiri daripada Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil, Belanja dan Akaun Kontra
Ø  Blog ini akan sentiasa dikemaskini bagi menjamin mutu bahan pembelajaran berada di tahap yang baik. Barulah pelajar cemerlang yang seimbang dapat dihasilkan.
Ø  Semoga usaha yang sedikit ini mendapat keberkatan daripada Illahi dan bukan sekadar memenuhi tugasan projek akhir semata-mata.
Ø  Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Blog WLA ini.
Ø  Terima kasih buat Puan Haslina Hassan selaku Pensyarah bagi kursus ini  dan penunjuk ajar yang setia kerana tunjuk ajar beliau banyak memberi inspirasi kepada kami untuk terus cekal mengorak langkah bagi menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin
Ø  Akhir kalam, jika mahu belajar Pinsip Perkauanan, ingatlah blog ‘We Love Akaun’.
Ø  Teman akrab pembelajaran anda.
Ø  ‘Memperkasakan Prinsip Perakaunan, memartabatkan Profesion Perakaunan.’

No comments:

Post a Comment