Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon

Langkah-Langkah Penyediaan Carta Akaun


Carta Akaun

Definisi Carta Akaun


  • Carta yang menyenaraikan nombor dan tajuk semua akaun secara sistematik untuk kegunaan sistem perakaunan berkomputer.
  • Carta akaun juga dapat digunakan untuk perekodan dalam lejar am.

Dalam carta akaun, akaun-akaun yang terlibat bagi semua urusniaga akan dikelaskan dan disusun mengikut klasifikasinya seperti aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja dan ditandai dengan nombor kod tertentu. Penggunaan sistem pengekodan digunakan bagi memudahkan jenis akaun dikenal pasti.

Selain sistem nombor kod, sistem abjad atau sistem nombor kod dan abjad boleh digunakan untuk membina carta akaun. Pemilihan sistem ini bergantung kepada keperluan dan keutamaan perniagaan serta had dan spesifikasi sistem perisian perakaunan digunakan.

Contoh sistem pengekodan mengikut 
jenis akaun

Penerangan Contoh : 
Kod 1000 digunakan untuk mewakili akaun-akaun jenis Aset di dalam sistem perakaunan. Jika akaun aset baru hendak ditambah di dalam sistem, kod akaun tersebut mesti diletakkan sebagai 1xxx (bermula
dengan nombor 1). Kod 1000 tidak digunakan untuk akaun aset sebenar, hanya untuk mewakili kategori aset.







Fungsi Carta Akaun
  • Carta akaun adalah satu senarai akaun yang digunakan bagi memudahkan pengeposan urusniaga ke lejar secara konsisten.
  • Carta akaun berfungsi sebagai tapak (base) untuk menukar nama, menambah akaun dan memberi maklumat tambahan kepada akaun yang ditambah.
  • Bagi sistem perakaunan berkomputer, carta akaun adalah perlu supaya perisian dapat mengenalpasti akaun.

Akaun Kontra

Apa itu Akaun Kontra ?

Definisi

  • Akaun-akaun yang kesannya berlawanan dengan akaun Induk kerana  akaun ini akan mengurangkan nilai dalam akaun Induknya.


Tujuan

  • Untuk memperoleh nilai bersih bagi akaun-akaun Induk tersebut.

Nota :
  • Akaun Induk ialah akaun-akaun aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja.

Contoh Akaun Kontra, Akaun Induk dan kesannya kepada Akaun Induk

Salam Perkenalan dari Blog "We Love Akaun"

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog ini :)


Blog ini dihasilkan sempena tugasan amali bagi kursus MMP 3013 (Pembangunan Perisian Pendidikan)
Ø  Nama blog ‘We Love Akaun (WLA)’ diilhamkan oleh krew WLA yang terdiri daripada dua orang pelajar tahun tiga dan seorang pelajar tahun 4 daripada Fakulti Pengurusan dan Ekonomi di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Ø  Blog WLA ini merupakan gabungan idea bersama  yang bertepatan dengan tugasan kursus iaitu penyediaan bahan pengajaran dalam matapelajaran tertentu yang telah dibahagikan dalam kelas. Maka, kami mengambil keputusan untuk memfokuskan kepada aspek asas Perakaunan iaitu Bab 2 Prinsip Perkauanan Tingkatan 4 : Klasifikasi Akaun yang terdiri daripada Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil, Belanja dan Akaun Kontra
Ø  Blog ini akan sentiasa dikemaskini bagi menjamin mutu bahan pembelajaran berada di tahap yang baik. Barulah pelajar cemerlang yang seimbang dapat dihasilkan.
Ø  Semoga usaha yang sedikit ini mendapat keberkatan daripada Illahi dan bukan sekadar memenuhi tugasan projek akhir semata-mata.
Ø  Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Blog WLA ini.
Ø  Terima kasih buat Puan Haslina Hassan selaku Pensyarah bagi kursus ini  dan penunjuk ajar yang setia kerana tunjuk ajar beliau banyak memberi inspirasi kepada kami untuk terus cekal mengorak langkah bagi menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin
Ø  Akhir kalam, jika mahu belajar Pinsip Perkauanan, ingatlah blog ‘We Love Akaun’.
Ø  Teman akrab pembelajaran anda.
Ø  ‘Memperkasakan Prinsip Perakaunan, memartabatkan Profesion Perakaunan.’